Wednesday, March 17, 2010

sebulan berlalu....

baguslah Sam akhirnya kau mengaku jua, kan lebih bahagia hidup macam ni, nak kemana-mana pun tak payah bersorok lagi. aku tumpang bahagia dengan hidup kau sekarang, Sam. sekarang ni aku tak lihat lagi Si Len berjurai air matanya, tetapi senyuman yang menawannya itu lebih manis dengan penghias lesung pipit di pipinya. ini maknanya dia bahagia jika kau bahagia, Sam. kalau dari dulu lagi kau terus terang kan senang, takde la kau nak buangkan air mata si Len tu..

si Mud pun sekarang ni lebih tenang dan senang dengan kau sekarang, Sam. dia bahagia kerana kau akan mempunyai teman untuk menjaga semua keperluanmu. atau tidak pun sebagai teman untuk berbual atau bertukar pendapat.

sudah aku katakan padamu Sam, bahawa 'cinta' tak mengenal usia. kerana cinta kita bahagia dan kerana cinta juga kita menderita. Sebenarnya Sam,kita yang tentukan hala tuju kemana arah cinta kita, sama ada ke jalan kebahagiaan atau pun ke jalan yang penuh dengan kedukaan. cinta itu indah Sam, aku yakin yang kau akan bahagia hidup bersamanya. Lia, seorang gadis yang lemah lembut, baik dan memahami. aku yakin yang kau akan lebih bahagia berkongsi hidup dengannya dan apa yang kau cari akan kau perolehi darinya walaupun dia usianya 20 tahun jauh bezanya dari kau. walau usianya muda, namun hatinya, jiwanya amat sesuai untuk kau,Sam. aku yakin sam, kau akan bahagia bersamanya.

sebagai kawan yang paling rapat dengan kau, aku harap kau akan bahagia hingga ke akhir hayatmu Sam....

Tanggal 10 Jun 2010, akan menjadi tarikh keramat dan paling bermakna dalam hidup kau kerana pada tanggal itulah kau dan Lia akan disatukan dengan ikatan yang tidak siapa bisa mengahalangnya kecuali 'ajal'. kebahagiaan kau, kebahagiaan aku jua Sam...

semoga kau berbahagia di hari indahmu, wahai sahabatku Sam......
assalamualaikum